Monday 28 November 2011

RPH PENDIDIKAN MORAL KSSR P.KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

Tajuk : 7. Kasih Sayang
Masa : 60 minit
Tunjang Utama : Kerohanian,Sikap dan Nilai
Standard kandungan : 7.1 Menyayangi diri
Standard pembelajaran : 7.1.2 Menyebut cara menjaga keselamatan diri
Tunjang lain yang disepadukan : Komunikasi,Keterampilan Diri dan Kemanusiaan,Fizikal & Estetika
Objektif : Pada akhir pelajaran ,murid dapat menyebut cara-cara menjaga
keselamatan diri
Nilai : Kasih sayang,toleransi,kerjasama

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
1. Murid melihat gambar dua situasi.
2. Murid melihat gambar situasi pertama dan meneka akibat perbuatan situasi tersebut.

3. Murid melihat akibat perbuatan dari situasi pertama dan menyatakan kesan perbuatan daripada situasi di atas.
4. Murid melihat gambar kemalangan dan kecederaan yang sering berlaku pada seseorang.

5. Murid mendengar penerangan guru mengapa kemalangan itu berlaku.
6. Murid dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan sentiasa menyayangi diri mereka supaya kemalangan dan kecederaan tidak berlaku.
7. Murid membuat satu simulasi membalut luka dengan bimbingan guru.
8. Murid membuat simulasi barsama rakan.
9. Murid melakukan lembaran kerja iaitu membulatkan gambar perlakuan yang merbahaya dan memangkah gambar pelakuan yang tidak merbahaya.
10. Menyanyikan lagu "Sayang Semua"

Bahan Bantu Belajar (BBB): Gambar,pembalut luka,Lembaran kerja,lirik lagu"sayang semua"internet,skrin,pembesar suara,ohp.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran:Murid diuji dengan lembaran kerja dan pemerhatian guru
Refleksi:
1. Pengajaran &Pembelajaran berjalan dengan baik.
2. Murid dapat bersoaljawab dengan guru.
3. Setelah aktiviti membuat lembaran kerja terdapat 2 orang murid daripada 5 orang murid belum mengetahui perlakuan merbahaya dan pelakuan yang tidak merbahaya.

 Tajuk : Hormati-Menghormati
Masa : 60minit
Tunjang utama : Kerohanian,Sikap dan Nilai
Standard Kandungan : 6.5 Menghormati Bendera
Standard pembelajaran : 6.5.3 Menghormati Bendera
Tunjang lain yang disepadukan
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat mengecam warna yang terdapat pada Jalur Gemilang
Nilai : Hormat-menghormati,keberanian,toleransi,bertanggungjawab,kerjasama


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
1. Murid mendengar lagu "Jalur Gemilang".

2. Murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera dengan bimbingan guru.
3. Muird melihat dan memegang bendera negara Malaysia "Jalur Gemilang"
4. Murid menyebut perkataan "Jalur Gemilang" berulang kali.
5. Murid mendengar penerangan tentang warna dan lambang ysng terdapat pada bendera Jalur Gemilang.
6. Murid menujukkan kad jalur warna merah dan putih.
7. Murid memadankan warna jalur merah dan putih pada "Jalur Gemilang".
8. Murid melihat kad simbol bulan dan bintang.
9. Murid dibimbing memadankan simbol bulan dan bintang pada bendera "jalur Gemilang".
10. Murid menyebut warna yang bterdapat pada simbol bulan dan bintang (kuning)secara individu.
11. Murid menyebut nama warna latar belakang yang terdapat pada simbol dan bintang (biuru) dengan bimbingan guru.
12. Murid diberi gambar bendera Jalur Gemilang yang belum lengkap.
13. Murid membuat latihan berdasarkan contoh bendera yang diberi dengan bimbingan guru.
Aras rendah : menggunting gambar "Jalur Gemilang" untuk ditampal dalam buku
Aras tinggi: melukis lambang bulan dan bintang dan mewarnakan bendera "Jalur Gemilang"
Penutup
1. Murid diminta ke hadapan kelas untuk mengibar dan menyanyikan lagu"Jalur Gemilang"beramai-ramai.
2. Murid menyebut "Jalur Gemilang berulang kali.
Bahan Bantu Belajar(BBB): Bendera kecil,You Tube Lagu Jalur Gemilang, Komputer riba,bendera besar (Jalur gemilang)Kad jalur warna(merah dan putih)kad simbol bulan dan bintang,kad warna biru, lembaran kerja, kepingan kertas warna (merah,biru,kuning dan putih)jigsaw puzzles Jalur Gemilang.internet,skrin,ohp.
Refleksi:
1. Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik.
2. Murid dapat melakukan aktiviti memadankan warna jalur merah dan putih pada jalur gemilang.
3. Murid dapat menyebut warna yang terdapat pada simbol bulan dan bintang.secara individu.
4. Murid dapat menyebut nama warna latar belakang yang terdapat pada simbol bulan dan bintang dengan bimbingan guru.
5. Murid aras rendah dapat menggunting gambar Jalur Gemilang untuk ditampal dalam buku.
6. Murid aras tinggi dapat melukis lambang bulan dan bintang dan mewarnakan bendera "Jalur Gemilang".

No comments:

Post a Comment