Monday 28 November 2011

RPH PENDIDIKAN MORAL P.KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

Mata pelajaran : Pendidikan Moral
Tajuk : 1.1 Kerajinan
Masa : 30 minit
Standard pembelajaran : 11.1.1 Menunjukkan sikap rajin apabila diminta
Ojektif : Pada akhir pelajaran ,murid dapat menunjukkan sikap rajin
dalam perlakuan seharian.
Aktiviti:
1. Murid bersama guru menyanyi lagu"Rajin Adik Rajin" dari cd lagu..
2. Murid melihat tayangan you tube yang menunjukkan sikap rajin.

3. Murid disuruh menyebut perkataan rajin dan menyatakan spontan mengenai tayangan video.
4. Murid ditayang video you tube yang menunjukkan sikap malas dan menyatakan spontan mengenai gambar.

5. Murid menjalankan aktiviti di lembaran kerja.
Aras rendah:
Tandakan (/) pada gambar yang menunjukkan sikap rajin.
Tandakan (x) pada gambar yang menunjukkan sikap malas.

Aras tinggi:
Murid padankan gambar sikap ke tempat yang sepatutnya diletakkan.
6. Murid berdiri di hadapan kelas untuk menyanyikan semula lagu"Rajin Adik Rajin".

Elemen Merentas kurikulum:Nilai-nilai Murni,Bahasa Bahasa dan Kreativiti dan Inovasi.
Bahan Bantu Belajar : Komputer riba,lembaran kerja,lirik lagu.
Penilaian P&P : Murid diuji sikap rajin dan malas dengan menggunakan senarai semak dan pemerhatian guru.
Refleksi:
5 daripada 7 orang murid dapat menguasai standard pemebelajaran iaitu menunjukkan sikap rajin apabila diminta dan 2 orang murid belum menguasai standard pembelajaran dan ia akan diberi bimbingan secara individu dan berterusan.
Kekuatan P&P murid semakin berminat dan ingin tahu apabila dimainkan You tube,kawalan kelas semakin terkawal.Objektif P&P telah tercapai sepenuhnya kerana 2 orang saja yang belum menguasai P&P.

1 comment:

  1. Merkur Solingen, Germany - DECCASINO
    Merkur 인카지노 Solingen is a German company that has just recently opened in the Netherlands of Solingen, it's 1xbet a well deccasino known brand with some of the best

    ReplyDelete