Saturday 3 December 2011

RPH PENDIDIKAN SENI P.KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni.
Tajuk : Seni Kolaj
Masa : 60 Minit
Standard Pembelajaran: 1.0 Melukis,1.2 Mengawal Pergerakan Motor Halus,1.2.1 Pergerakan Secara Terkawal

Objektif : Pada akhir P&P murid dapat:1. Mengawal dan meningkatkan psikomotor halus dengan melakar,mengunting,mengoyak dan menampal.2. Mengetahui fungsi setiap peralatan seni digunakan.
3. Menghasikan kolaj haiwan (ikan) daripada kertas berwarna.
Aktiviti:
  • Murid ditayangkan mengenai video (you tube) ikan.

  • Murid ditanya mengenai video tersebut.
  • Murid diminta bernyanyi bersama guru.
  • Murid diberi pujian dan tepukan oleh guru.

Seni Kolaj PPT.memaparkan video yang berkaitan melakar, mengoyak, dan menampal kolaj ikan.
(Mempersembahkan maklumat baru kepada murid)




  • Murid diperkenalkan bahan-bahan untuk membuat kolaj oleh guru di dalam video.-gunting -gam-pensel-kertas pelbagai warna.                           
  • Murid diberi penerangan terlebih dahulu cara membuat kolaj.
  • Murid ditunjuk cara membuat kolaj di dalam video supaya murid dapat mengikutinya.
  • Murid diarah melihat dengan teliti apa yang dilakukan oleh guru di dalam video.
  • Murid ditunjuk langkah demi langkah oleh guru di dalam video.
  • Murid diedar lukisan /gambar yang disediakan.
  • Murid dibimbing oleh guru cara membuat kolaj daripada langkah 1-6.
  • Murid membuat kolaj tanpa bimbingan dan menyiapkan sendiri kolaj mereka.
  • Murid menunjukkan hasil kerja mereka kepada guru dan rakan-rakan .Semua kolaj yang disiapkan oleh murid akan dilekatkan di dinding kelas.Pujian diberikan sebagai peneguhan kepada murid kerana telah dapat menyiapkan kolaj.
  • Murid menyanyi lagu" ikan Kekek "dari You tube. 

    Elemen Merentas Kurikulum :Nilai-nilai murni,Bahasa dan Kreativiti dan Inovasi.
    Bahan Bantu Belajar :Internet,komputer riba,ohp,skrin,pembesar suara,kertas gambar haiwan,gam,gunting,kertas berwarna,pembaris,pensil, dan pensil warna.
    Penilaian P&P:Latihan dengan bimbingan ,guru bersoaljawab dengan murid tentang cara-cara membuat kolaj dengan betul.Murid diuji mematuhi arahan dengan menggunakan borang senarai semak dan pemerhatian guru.Latihan Kendiri-murid berjaya menyiapkan kolaj mereka tanpa bimbingan guru.

    Refleksi:
    Pada akhir P&P murid mampu menyiapkan kolaj dengan bimbingan daripada guru dan mampu menggunakan peralatan seni yang lain seperti(gunting,gam,pensil,pensil warna)bagi meningkatkan psikomotor halus mereka.4 orang daripada 7 orang murid dapat membuat kolaj dan 2 orang lagi perlu diberi bimbingan secara individu berterusan.
    Pada permulaan P&P murid menunjukkan minat untuk belajar kerana terhibur dengan animasi ikan yang ditayangkan.Semasa menerangkan langkah-langkah murid mendengar dan memberi perhatian .Tiada masalah yang terjadi ,kawalan kelas adalah terkawal.Semasa menyiapkan kolaj murid melakukan aktiviti dengan baik memandangkan P&P menggunakan kaedah vedio amat berkesan .Sewaktu akhir P&P murid begitu seronok dan bangga kerana hasil kolaj mereka dilekatkan di dinding untuk tontonan ramai.Pujian dan tepukan kepada pelajar adalah pengukuhan yang amat penting kepada mereka.Pada keseluruhan P&P berjalan dengan lancar dan baik,penggunaan bahan bantu belajar yang baik dan berkesan,penggunaan masa yang baik iaitu 60 minit,penyampaian P&P yang baik dan jelas ,dan tiada masalah disiplin yang berat berlaku semasa P&P dijalankan.Penggunaan bahan bantu belajar sangat memuaskan murid seronok dan dapat mengikuti P&P.Pengurusan kelas memuaskan pelajar berasa selesa.

      No comments:

      Post a Comment