Saturday, 3 December 2011

RPH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM

Mata Pelajaran : Pendidikan Agama Islam
Tajuk : Cara Berwuduk
Masa : 60 Minit
Standard Pembelajaran : 2.3 Solat
                                      2.3.1 Melakukan amalan-amalan sebelum solat (berwuduk ,azan dan iqamat)
                                      2.3.1.1 Amalan sebelum solat.

Objektif :Pada akhir P&P murid dapat :1 Mengambil wuduk dengan menggunakan air dengan bimbingan guru.     2. Menyusun 4 daripada 7 langkah mengambil wuduk mengikut urutan dengan betul.

Aktiviti:
  • Murid ditunjukkan lagu mengambil wuduk dari Youtube.

  • Murid ditanya soalan-soalan "Pernahkah kamu melihat orang mengambil wuduk ?".Murid memberi jawapan masing-masing.

       Cara Berwuduk
Menerangkan langkah-langkah untuk mengambil wuduk.
( Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada )
  • Murid dibimbing membaca doa wuduk yang telah dipelajari pada pengajaran lepas.
( Memperkenalkan pelajaran hari ini kepada murid )
1. Murid ditayang video dari you tube cara berwuduk kepada murid.


    Murid ditanya soalan-soalan berikut:
  • "Pernahkah kamu melihat orang mengambil wuduk?"
  • "Kebiasaannya siapakah yang mengambil wuduk?"
  • " Bilakah kita akan mengambil wuduk?"
( Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid )
  • Murid ditayangkan slaid cara mengambil wuduk dengan betul mengikut urutan sambil menerangkan tingkah laku yang terlibat .
  • Murid diajar membaca niat mengambil wuduk.

               1. Cara Berwuduk- Membasuh Tapak Tangan.
            Menunjukkan cara-cara menyucikan tapak tangan.



                2. Cara Berwuduk - Berkumur
            Menunjukkan cara-cara berkumur membasuh mulut




                3. Cara Berwuduk -Mencuci Hidung



                4. Cara Berwuduk - Muka
            Menunjukkan cara meratakan air ke muka dengan betul.


                5. Cara Berwuduk - Membasuh Tangan
            Menunjukkan meratakan air pada tangan hingga ke siku.



                6.Cara Berwuduk - Membasuh Kepala
            Menunjukkan cara berwuduk menyapukan air sedikit ke kepala. 



                 Cara Berwuduk- Telinga
            Menunjukkan cara meratakan air pada telinga.

        Cara Berwuduk -Membasuh Kaki
             Menunjukkan cara membasuh kaki  dengan betul.

      •  Seorang murid diminta untuk berwuduk sebenar.
      •   Murid lain memberi perhatian dan melihat tingkah laku model lakukan.
      •   Murid diminta teliti dalam meratakan air wuduk tersebut ke tempat-tempat tersembunyi seperti di
      •   celah-celah jari,telinga dan jari kaki.
      •    Apabila selesai,guru memberi peneguhan kepada murid tersebut kerana berjaya mengambil wuduk
      •    dengan sempurna.
      • Murid dipanggil seorang demi seorang untuk mengambil wuduk.Sambil diperhatikan ,guru akan menegur kesalahan tersebut supaya mengikut langkah-langkah yang betul.Diulangi kepada semua murid.
      • Guru merumuskan pengajaran pada hari ini.Murid disuruh menceritakan urutan mengambil wuduk dengan betul.Murid ditegaskan oleh guru supaya sentiasa berkeadaan dalam berwuduk dan dapat menunaikan solat dengan sempurna .Murid menyanyi lagu dalam bentuk animasi dari youtube berwuduk.



        Elemen Merentas Kurikulum:Nilai Murni,Bahasa dan Kreativiti dan Inovasi.
        Bahan Bantu Belajar: Komputer riba,OHP. dan air.
        Penilaian P&P : Murid dibimbing langkah demi langkah semasa mengambil wuduk,
                                   Murid diuji mematuhi arahan dengan menggunakan borang senarai semak dan pemerhatian
                                   guru.

        Refleksi : Pada keseluruhan P&P sangat baik  dan berjalan dengan lancar. 6 daripada 7 orang murid dapat mengambil wuduk dan 1 orang lagi masih belum dapat mengambil wuduk dan perlu diberi bimbingan secara individu secara berterusan.Pada permulaan P&P murid menunjukkan minat belajar apabila ditayangkan video animasi ikan.Murid dapat memberi jawapan apabila disoal oleh guru.Semasa guru menerangkan langkah-langkah murid memberi perhatian.Walaupun terdapat 2 orang yang kurang memberi perhatian tapi telah ditegur olah guru.Semasa membaca doa murid membaca dengan baik.Sewaktu gambar ditayang murid senyap dan memberi perhatian.Soalan guru dijawab dan suasana kelas aktif.Penyampaian  isi pelajaran ,murid berebut-rebut hendak menjadi model untuk melakukan praktikal, Ganjaran tepukan dan pujian diberi kepada wakil murid dan semua murid kerana memberi kerjasama.Semua murid berminat apabila disuruh melakukan aktiviti mengambil wuduk secara praktikal. Penutup, Rumusan berjaya dilakukan oleh guru,dan murid dapat menceritakan urutan berwuduk.Bahan bantu belajar,baik,berkesan dan mantap.penilaian, 6 daripada 7 orang murid dapat membuat lembaran kerja,1 orang diberi bimbingan berterusan.Murid dinilai dengan senarai semak dan pemerhatian guru.Masa P&P ,pada keseluruhan baik.Kawalan kelas baik,Pengurusan bilik darjah diurus dengan baik,terdapat sudut abm,bilik ceria,kondusif,dan bersih.Penampilan guru dan pelajar sangat baik.Tiada masalah disiplin berlaku dan kelemahan yang besar terjadi semasa P&P dijalankan.Sekian.

        RPH PENDIDIKAN SENI P.KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

        Mata Pelajaran : Pendidikan Seni.
        Tajuk : Seni Kolaj
        Masa : 60 Minit
        Standard Pembelajaran: 1.0 Melukis,1.2 Mengawal Pergerakan Motor Halus,1.2.1 Pergerakan Secara Terkawal

        Objektif : Pada akhir P&P murid dapat:1. Mengawal dan meningkatkan psikomotor halus dengan melakar,mengunting,mengoyak dan menampal.2. Mengetahui fungsi setiap peralatan seni digunakan.
        3. Menghasikan kolaj haiwan (ikan) daripada kertas berwarna.
        Aktiviti:
        • Murid ditayangkan mengenai video (you tube) ikan.

        • Murid ditanya mengenai video tersebut.
        • Murid diminta bernyanyi bersama guru.
        • Murid diberi pujian dan tepukan oleh guru.

        Seni Kolaj PPT.memaparkan video yang berkaitan melakar, mengoyak, dan menampal kolaj ikan.
        (Mempersembahkan maklumat baru kepada murid)




        • Murid diperkenalkan bahan-bahan untuk membuat kolaj oleh guru di dalam video.-gunting -gam-pensel-kertas pelbagai warna.                           
        • Murid diberi penerangan terlebih dahulu cara membuat kolaj.
        • Murid ditunjuk cara membuat kolaj di dalam video supaya murid dapat mengikutinya.
        • Murid diarah melihat dengan teliti apa yang dilakukan oleh guru di dalam video.
        • Murid ditunjuk langkah demi langkah oleh guru di dalam video.
        • Murid diedar lukisan /gambar yang disediakan.
        • Murid dibimbing oleh guru cara membuat kolaj daripada langkah 1-6.
        • Murid membuat kolaj tanpa bimbingan dan menyiapkan sendiri kolaj mereka.
        • Murid menunjukkan hasil kerja mereka kepada guru dan rakan-rakan .Semua kolaj yang disiapkan oleh murid akan dilekatkan di dinding kelas.Pujian diberikan sebagai peneguhan kepada murid kerana telah dapat menyiapkan kolaj.
        • Murid menyanyi lagu" ikan Kekek "dari You tube. 

          Elemen Merentas Kurikulum :Nilai-nilai murni,Bahasa dan Kreativiti dan Inovasi.
          Bahan Bantu Belajar :Internet,komputer riba,ohp,skrin,pembesar suara,kertas gambar haiwan,gam,gunting,kertas berwarna,pembaris,pensil, dan pensil warna.
          Penilaian P&P:Latihan dengan bimbingan ,guru bersoaljawab dengan murid tentang cara-cara membuat kolaj dengan betul.Murid diuji mematuhi arahan dengan menggunakan borang senarai semak dan pemerhatian guru.Latihan Kendiri-murid berjaya menyiapkan kolaj mereka tanpa bimbingan guru.

          Refleksi:
          Pada akhir P&P murid mampu menyiapkan kolaj dengan bimbingan daripada guru dan mampu menggunakan peralatan seni yang lain seperti(gunting,gam,pensil,pensil warna)bagi meningkatkan psikomotor halus mereka.4 orang daripada 7 orang murid dapat membuat kolaj dan 2 orang lagi perlu diberi bimbingan secara individu berterusan.
          Pada permulaan P&P murid menunjukkan minat untuk belajar kerana terhibur dengan animasi ikan yang ditayangkan.Semasa menerangkan langkah-langkah murid mendengar dan memberi perhatian .Tiada masalah yang terjadi ,kawalan kelas adalah terkawal.Semasa menyiapkan kolaj murid melakukan aktiviti dengan baik memandangkan P&P menggunakan kaedah vedio amat berkesan .Sewaktu akhir P&P murid begitu seronok dan bangga kerana hasil kolaj mereka dilekatkan di dinding untuk tontonan ramai.Pujian dan tepukan kepada pelajar adalah pengukuhan yang amat penting kepada mereka.Pada keseluruhan P&P berjalan dengan lancar dan baik,penggunaan bahan bantu belajar yang baik dan berkesan,penggunaan masa yang baik iaitu 60 minit,penyampaian P&P yang baik dan jelas ,dan tiada masalah disiplin yang berat berlaku semasa P&P dijalankan.Penggunaan bahan bantu belajar sangat memuaskan murid seronok dan dapat mengikuti P&P.Pengurusan kelas memuaskan pelajar berasa selesa.

            Tuesday, 29 November 2011

            RPH PENDIDIKAN JASMANI KSSR P.KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

            Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani
            Tajuk : 1. Asas Pergerakan
            Masa : 30 Minit
            Standard Pembelajaran : 1.3.1 Melambung menyambut pundi kacang
            Objektif : Pada akhir pelajaran,murid dapat melambung dan menangkap pundi kacang dengan
            keupayaan sendiri.
            Aktiviti :
            1. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan bimbingan guru diiringi Tarian "Chicken Dance" dari You tube.

            (Lambung dan tangkap pundi kacang dalam keadaan setempat)
            2. Guru tunjuk cara melambung dan menangkap pundi kacang.
            3. Murid melambung dan menangkap pundi kacang dengan menggunakan dua tangan.
            4. Murid melambung dan menangkap pundi kacang menggunakan sebelah tangan.
            (Lambung dan berjalan)
            5. Lambung pundi kacang,berjalan ke hadapan dan sambut semula.
            (Permainan kecil-Pundi kacang)
            6. Murid dibahagi kepada 2 kumpulan kecil.
            7. Pasukan yang pantas melambung pundi kacang dalam keadaan berlari sebelah dan dua belah tangan akan dikira sebagai pemenang.
            8. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan dengan iringan lagu instrumental "Kenny G" dari You
            tube bersama dengan guru.



            Elemen Merentas Kurikulum:Nilai-nilai murni, bahasa dan kreatibiliti dan inovasi.
            Bahan,bantu belajar: Pundi kacang,skitel,broadband,komputer riba,speker.
            Penilaian P&P:Murid diuji dengan menggunakan borang senarai semak dan pemerhatian guru.
            Refleksi: Pada keseluruhan P&P berjalan dengan baik,walaupun terdapat sedikit kelemahan.Kekuatan P&P ini terletak pada penglibatan murid amat menyeronokkan.Murid dapat melakukan aktiviti yang diarahkan.Peranan muzik lagu menjadikan P&P ini nampak ceria dan tidak membosankan pelajar.kelemahannya kawalan kelas agak kurang memuaskan kerana terdapat selintir pelajar yang berkelakuan agak aktif dan diluar jangkaan.Tetapi objektif P&P tercapai akhirnya.Setelah dinilai, terdapat 2 orang murid daripada 8 orang murid belum boleh menyambut pundi kacang dengan baik.2 orang pelajar yang belum menguasai standard pembelajaran akan diberi aktiviti pemulihan yang berterusan,sehingga mereka boleh menguasai standard pembelajaran tersebut.
            Contoh Senarai Semak
            Tajuk: Asas Pergerakan
            Standard Kandungan: Melakukan Manipulasi Pergerakan
            Standard Pembelajaran: Melambung Menyambut Pundi Kacang
            ____________________________________________________________________________________
            SENARAI SEMAK
            Kelas : Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Tarikh: 10 November 2011
            ____________________________________________________________________________________
            Bil Nama Murid Kemahiran yang dilihat Cacatan guru
            # Mata pandang # Hayun tangan # Boleh menyambut
            pundi kacang, ke atas, dengan baik,
            ____________________________________________________________________________________
            1. Abdul Halim Menguasai Menguasai Menguasai
            2. Asroy Menguasai Menguasai Menguasai
            3. Braco Menguasai Menguasai Menguasai
            4. Danial Menguasai Menguasai Tidak Menguasai
            5. Iskandar Menguasai Menguasai Menguasai
            6. Mustafa Menguasai Menguasai Tidak Menguasai
            7. Philip Menguasai Menguasai Menguasai
            8. Sulaiman Menguasai Menguasai Menguasai
            ____________________________________________________________________________________

            Tandatangan Guru:

            __________________
            (Zaini Bin Sahari)

            RPH P.KEHIDUPAN (KOMPONEN KEMAHIRAN MANIPULATIF)

            Mata pelajaran: Pengurusan Kehidupan
            Tajuk : 2.Motor Halus
            Masa : 60 minit
            Standard Pembelajaran : 2.2.1 Melakukan aktiviti merenyuk
            Objektif : Pada akhir pelajaran,murid dapat menggerakkan anggota motor halus melalui aktiviti merenyuk

            Aktiviti:
            1. Murid diminta menarik keluar perca kain melalui perca kain melalui kotak yang berlubang.
            2. Seorang murid lagi diminta memasukkan semula perca kain tersebut melalui lubang pada kotak.
            3. Murid ditayangkan youtube aktiviti merenyuk di dalam you tube.

            4. Murid diminta melihat dan memahami bagaimana aktiviti merenyuk dilakukan.
            5. Sekeping surat khabar lama diberikan kepada setiap orang murid dan diminta merenyuk surat kahabar tersebut.
            6. Aktiviti ini dilakukan oleh murid berulang kali.
            7. Setiap murid diberikan sekeping kertas warna dan diminta merenyuk kertas warna tersebut dengan kedua-dua belah tangan.
            8. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan lukisan gambar pokok bersaiz besar.
            9. Murid diminta meletakkan kertas warna yang telah direnyuk tadi pada gambar lukisan pokok dengan bimbingan guru.
            10.Semua hasil kerja murid yang telah siap dipamerkan.
            Elemen Merentas Kurikulum:Nilai -nilai murni,Bahasa dan kreativiti,dan inovasi.
            Bahan Bantu Belajar : kotak ,kain perca,surat khabar lama,kertas warna, kertas mahjong yang dilukis gambar pokok,gam dan komputer riba,
            Penilaian P&P :Murid diuji mematuhi arahan dengan menggunakan borang senarai semak dan pemerhatian guru.
            Refleksi:
            Pada keseluruhan P&P berjalan dengan baik dan lancar.Murid seronok dan teruja dengan aktiviti set induksi.Murid berminat menonton youtube aktiviti merenyuk.Murid seronok melakukan aktiviti merenyuk surat khabar dan kertas warna.Segala arahan guru juga dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap isi pelajaran yang ingin di sampaikan oleh guru.Murid berminat ,seronok dan memahami akitiviti merenyuk dan melekat pada gambar lukisan.Saya juga  menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat mereka. Murid dapat melakukan aktiviti yang diberi dengan bimbingan guru.Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian lancar.Murid berasa bangga apabila hasil kerja mereka dipamerkan.Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyempaian guru terhadap isi pelajaran.Walaupun terdapat seorang yang belum menguasai standard pembelajaran kerana masalah ceberal palsi iaitu sebelah tangan tidak dapat berfungsi dengan baik.Tetapi objektif P&P telah tercapai sepenuhnya.

            Monday, 28 November 2011

            RPH PENDIDIKAN MORAL P.KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

            Mata pelajaran : Pendidikan Moral
            Tajuk : 1.1 Kerajinan
            Masa : 30 minit
            Standard pembelajaran : 11.1.1 Menunjukkan sikap rajin apabila diminta
            Ojektif : Pada akhir pelajaran ,murid dapat menunjukkan sikap rajin
            dalam perlakuan seharian.
            Aktiviti:
            1. Murid bersama guru menyanyi lagu"Rajin Adik Rajin" dari cd lagu..
            2. Murid melihat tayangan you tube yang menunjukkan sikap rajin.

            3. Murid disuruh menyebut perkataan rajin dan menyatakan spontan mengenai tayangan video.
            4. Murid ditayang video you tube yang menunjukkan sikap malas dan menyatakan spontan mengenai gambar.

            5. Murid menjalankan aktiviti di lembaran kerja.
            Aras rendah:
            Tandakan (/) pada gambar yang menunjukkan sikap rajin.
            Tandakan (x) pada gambar yang menunjukkan sikap malas.

            Aras tinggi:
            Murid padankan gambar sikap ke tempat yang sepatutnya diletakkan.
            6. Murid berdiri di hadapan kelas untuk menyanyikan semula lagu"Rajin Adik Rajin".

            Elemen Merentas kurikulum:Nilai-nilai Murni,Bahasa Bahasa dan Kreativiti dan Inovasi.
            Bahan Bantu Belajar : Komputer riba,lembaran kerja,lirik lagu.
            Penilaian P&P : Murid diuji sikap rajin dan malas dengan menggunakan senarai semak dan pemerhatian guru.
            Refleksi:
            5 daripada 7 orang murid dapat menguasai standard pemebelajaran iaitu menunjukkan sikap rajin apabila diminta dan 2 orang murid belum menguasai standard pembelajaran dan ia akan diberi bimbingan secara individu dan berterusan.
            Kekuatan P&P murid semakin berminat dan ingin tahu apabila dimainkan You tube,kawalan kelas semakin terkawal.Objektif P&P telah tercapai sepenuhnya kerana 2 orang saja yang belum menguasai P&P.

            RPH PENDIDIKAN MORAL KSSR P.KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

            Tajuk : 7. Kasih Sayang
            Masa : 60 minit
            Tunjang Utama : Kerohanian,Sikap dan Nilai
            Standard kandungan : 7.1 Menyayangi diri
            Standard pembelajaran : 7.1.2 Menyebut cara menjaga keselamatan diri
            Tunjang lain yang disepadukan : Komunikasi,Keterampilan Diri dan Kemanusiaan,Fizikal & Estetika
            Objektif : Pada akhir pelajaran ,murid dapat menyebut cara-cara menjaga
            keselamatan diri
            Nilai : Kasih sayang,toleransi,kerjasama

            Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
            1. Murid melihat gambar dua situasi.
            2. Murid melihat gambar situasi pertama dan meneka akibat perbuatan situasi tersebut.

            3. Murid melihat akibat perbuatan dari situasi pertama dan menyatakan kesan perbuatan daripada situasi di atas.
            4. Murid melihat gambar kemalangan dan kecederaan yang sering berlaku pada seseorang.

            5. Murid mendengar penerangan guru mengapa kemalangan itu berlaku.
            6. Murid dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan sentiasa menyayangi diri mereka supaya kemalangan dan kecederaan tidak berlaku.
            7. Murid membuat satu simulasi membalut luka dengan bimbingan guru.
            8. Murid membuat simulasi barsama rakan.
            9. Murid melakukan lembaran kerja iaitu membulatkan gambar perlakuan yang merbahaya dan memangkah gambar pelakuan yang tidak merbahaya.
            10. Menyanyikan lagu "Sayang Semua"

            Bahan Bantu Belajar (BBB): Gambar,pembalut luka,Lembaran kerja,lirik lagu"sayang semua"internet,skrin,pembesar suara,ohp.
            Penilaian pengajaran dan pembelajaran:Murid diuji dengan lembaran kerja dan pemerhatian guru
            Refleksi:
            1. Pengajaran &Pembelajaran berjalan dengan baik.
            2. Murid dapat bersoaljawab dengan guru.
            3. Setelah aktiviti membuat lembaran kerja terdapat 2 orang murid daripada 5 orang murid belum mengetahui perlakuan merbahaya dan pelakuan yang tidak merbahaya.

             Tajuk : Hormati-Menghormati
            Masa : 60minit
            Tunjang utama : Kerohanian,Sikap dan Nilai
            Standard Kandungan : 6.5 Menghormati Bendera
            Standard pembelajaran : 6.5.3 Menghormati Bendera
            Tunjang lain yang disepadukan
            Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat mengecam warna yang terdapat pada Jalur Gemilang
            Nilai : Hormat-menghormati,keberanian,toleransi,bertanggungjawab,kerjasama


            Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
            1. Murid mendengar lagu "Jalur Gemilang".

            2. Murid menyanyikan lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan bendera dengan bimbingan guru.
            3. Muird melihat dan memegang bendera negara Malaysia "Jalur Gemilang"
            4. Murid menyebut perkataan "Jalur Gemilang" berulang kali.
            5. Murid mendengar penerangan tentang warna dan lambang ysng terdapat pada bendera Jalur Gemilang.
            6. Murid menujukkan kad jalur warna merah dan putih.
            7. Murid memadankan warna jalur merah dan putih pada "Jalur Gemilang".
            8. Murid melihat kad simbol bulan dan bintang.
            9. Murid dibimbing memadankan simbol bulan dan bintang pada bendera "jalur Gemilang".
            10. Murid menyebut warna yang bterdapat pada simbol bulan dan bintang (kuning)secara individu.
            11. Murid menyebut nama warna latar belakang yang terdapat pada simbol dan bintang (biuru) dengan bimbingan guru.
            12. Murid diberi gambar bendera Jalur Gemilang yang belum lengkap.
            13. Murid membuat latihan berdasarkan contoh bendera yang diberi dengan bimbingan guru.
            Aras rendah : menggunting gambar "Jalur Gemilang" untuk ditampal dalam buku
            Aras tinggi: melukis lambang bulan dan bintang dan mewarnakan bendera "Jalur Gemilang"
            Penutup
            1. Murid diminta ke hadapan kelas untuk mengibar dan menyanyikan lagu"Jalur Gemilang"beramai-ramai.
            2. Murid menyebut "Jalur Gemilang berulang kali.
            Bahan Bantu Belajar(BBB): Bendera kecil,You Tube Lagu Jalur Gemilang, Komputer riba,bendera besar (Jalur gemilang)Kad jalur warna(merah dan putih)kad simbol bulan dan bintang,kad warna biru, lembaran kerja, kepingan kertas warna (merah,biru,kuning dan putih)jigsaw puzzles Jalur Gemilang.internet,skrin,ohp.
            Refleksi:
            1. Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik.
            2. Murid dapat melakukan aktiviti memadankan warna jalur merah dan putih pada jalur gemilang.
            3. Murid dapat menyebut warna yang terdapat pada simbol bulan dan bintang.secara individu.
            4. Murid dapat menyebut nama warna latar belakang yang terdapat pada simbol bulan dan bintang dengan bimbingan guru.
            5. Murid aras rendah dapat menggunting gambar Jalur Gemilang untuk ditampal dalam buku.
            6. Murid aras tinggi dapat melukis lambang bulan dan bintang dan mewarnakan bendera "Jalur Gemilang".

            Sunday, 27 November 2011

            RPH PENGURUSAN KEHIDUPAN KSSR (M.PEMBELAJARAN)

            Tajuk : 1.Urus Diri
            Masa : 8.00-8.30 pagi
            Tunjang Utama : Keterampilan Diri
            Standard Kandungan : 1.1 Mengenal anggota badan
            Standard Pembelajaran : 1.1.2 Menamakan bahagian badan
            Objektif : Pada akhir pelajaran,
            1. Murid dapat menunjukkan tiga daripada lima anggota badan seperti tangan,mata,hidung,kaki dan
            sebagainya.
            2. Murid dapat menamakan tiga daripada lima anggota badan di
            bahagian tengah bahagian tengah badan seperti tangan,mulut,mata,hidung dan sebagainya.
            Nilai : Kerjasama dan bertanggungjawab

            Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran
            1. Menyanyikan lagu"Mana ibu jari"(dari cd)
            2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang lagu
            3. Murid melihat gambar anggota tengah badan seperti tangan,mulut,mata,hidung dan sebagainya.

            4. Murid menyebut nama anggota badan tersebut.
            5. Latih tubi menyebut nama anggota  badan.
            6. Murid bersoaljawab mengenai nama anggota h badan.
            7. Murid menunjukkan gambar anggota  badan yang disebut oleh guru.
            8. Murid mengambil gambar anggota  badan yang diarah oleh guru.
            9. Murid mencantum semula gambar anggota badan (puzzle).
            10. Murid menyanyikan lagu berkaitan anggota  badan rentak lagu"Mana Ibu Jari"
            Elemen Merentas Kurikulum(EMK) : Kreativiti dan inovasi,nilai-nilai murni,bahasa dan TMK
            Bahan Bantu Belajar (BBB) : MP3 lagu "Mana Ibu Jari"carta Kad gambar,puzzle,internet,ohp,skrin,pembesart suara.
            Penilaian pengajaran dan pembelajaran :Murid diuji mematuhi arahan dengan menggunakan borang senarai semak dan pemerhatian guru.
            Refleksi:
            1. Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik.
            2. Aktiviti soaljawab dengan murid berlaku.
            3. P&P menggunakan ICT dalam pengajaran saya dapat menarik minat serta menyeronokkan dan membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isi pelajaran yang ingin saya sampaikan.Selain itu,kelantangan suara saya juga memainkan peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran mereka yang ingin disampaikan oleh saya.
            4. Kawalan kelas agak memuaskan walaupun terdapat pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian kerana masalah ada pelajar yang mengidap autisme,dan terencat akal.
            5. Setelah dibuat penilaian terdapat 3 daripada 7 orang pelajar yang belum menguasai ,Mengenal anggota badan.
            6. Murid yang menguasai diberi aktiviti tambahan manakala pelajar yang belum diberi aktiviti pemulihan.

            Tandatanga Guru:

            ____________________
            (ZAINI SAHARI)