Tuesday, 29 November 2011

RPH PENDIDIKAN JASMANI KSSR P.KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani
Tajuk : 1. Asas Pergerakan
Masa : 30 Minit
Standard Pembelajaran : 1.3.1 Melambung menyambut pundi kacang
Objektif : Pada akhir pelajaran,murid dapat melambung dan menangkap pundi kacang dengan
keupayaan sendiri.
Aktiviti :
1. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan bimbingan guru diiringi Tarian "Chicken Dance" dari You tube.

(Lambung dan tangkap pundi kacang dalam keadaan setempat)
2. Guru tunjuk cara melambung dan menangkap pundi kacang.
3. Murid melambung dan menangkap pundi kacang dengan menggunakan dua tangan.
4. Murid melambung dan menangkap pundi kacang menggunakan sebelah tangan.
(Lambung dan berjalan)
5. Lambung pundi kacang,berjalan ke hadapan dan sambut semula.
(Permainan kecil-Pundi kacang)
6. Murid dibahagi kepada 2 kumpulan kecil.
7. Pasukan yang pantas melambung pundi kacang dalam keadaan berlari sebelah dan dua belah tangan akan dikira sebagai pemenang.
8. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan dengan iringan lagu instrumental "Kenny G" dari You
tube bersama dengan guru.



Elemen Merentas Kurikulum:Nilai-nilai murni, bahasa dan kreatibiliti dan inovasi.
Bahan,bantu belajar: Pundi kacang,skitel,broadband,komputer riba,speker.
Penilaian P&P:Murid diuji dengan menggunakan borang senarai semak dan pemerhatian guru.
Refleksi: Pada keseluruhan P&P berjalan dengan baik,walaupun terdapat sedikit kelemahan.Kekuatan P&P ini terletak pada penglibatan murid amat menyeronokkan.Murid dapat melakukan aktiviti yang diarahkan.Peranan muzik lagu menjadikan P&P ini nampak ceria dan tidak membosankan pelajar.kelemahannya kawalan kelas agak kurang memuaskan kerana terdapat selintir pelajar yang berkelakuan agak aktif dan diluar jangkaan.Tetapi objektif P&P tercapai akhirnya.Setelah dinilai, terdapat 2 orang murid daripada 8 orang murid belum boleh menyambut pundi kacang dengan baik.2 orang pelajar yang belum menguasai standard pembelajaran akan diberi aktiviti pemulihan yang berterusan,sehingga mereka boleh menguasai standard pembelajaran tersebut.
Contoh Senarai Semak
Tajuk: Asas Pergerakan
Standard Kandungan: Melakukan Manipulasi Pergerakan
Standard Pembelajaran: Melambung Menyambut Pundi Kacang
____________________________________________________________________________________
SENARAI SEMAK
Kelas : Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Tarikh: 10 November 2011
____________________________________________________________________________________
Bil Nama Murid Kemahiran yang dilihat Cacatan guru
# Mata pandang # Hayun tangan # Boleh menyambut
pundi kacang, ke atas, dengan baik,
____________________________________________________________________________________
1. Abdul Halim Menguasai Menguasai Menguasai
2. Asroy Menguasai Menguasai Menguasai
3. Braco Menguasai Menguasai Menguasai
4. Danial Menguasai Menguasai Tidak Menguasai
5. Iskandar Menguasai Menguasai Menguasai
6. Mustafa Menguasai Menguasai Tidak Menguasai
7. Philip Menguasai Menguasai Menguasai
8. Sulaiman Menguasai Menguasai Menguasai
____________________________________________________________________________________

Tandatangan Guru:

__________________
(Zaini Bin Sahari)

No comments:

Post a Comment