Tuesday, 29 November 2011

RPH P.KEHIDUPAN (KOMPONEN KEMAHIRAN MANIPULATIF)

Mata pelajaran: Pengurusan Kehidupan
Tajuk : 2.Motor Halus
Masa : 60 minit
Standard Pembelajaran : 2.2.1 Melakukan aktiviti merenyuk
Objektif : Pada akhir pelajaran,murid dapat menggerakkan anggota motor halus melalui aktiviti merenyuk

Aktiviti:
1. Murid diminta menarik keluar perca kain melalui perca kain melalui kotak yang berlubang.
2. Seorang murid lagi diminta memasukkan semula perca kain tersebut melalui lubang pada kotak.
3. Murid ditayangkan youtube aktiviti merenyuk di dalam you tube.

4. Murid diminta melihat dan memahami bagaimana aktiviti merenyuk dilakukan.
5. Sekeping surat khabar lama diberikan kepada setiap orang murid dan diminta merenyuk surat kahabar tersebut.
6. Aktiviti ini dilakukan oleh murid berulang kali.
7. Setiap murid diberikan sekeping kertas warna dan diminta merenyuk kertas warna tersebut dengan kedua-dua belah tangan.
8. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberikan lukisan gambar pokok bersaiz besar.
9. Murid diminta meletakkan kertas warna yang telah direnyuk tadi pada gambar lukisan pokok dengan bimbingan guru.
10.Semua hasil kerja murid yang telah siap dipamerkan.
Elemen Merentas Kurikulum:Nilai -nilai murni,Bahasa dan kreativiti,dan inovasi.
Bahan Bantu Belajar : kotak ,kain perca,surat khabar lama,kertas warna, kertas mahjong yang dilukis gambar pokok,gam dan komputer riba,
Penilaian P&P :Murid diuji mematuhi arahan dengan menggunakan borang senarai semak dan pemerhatian guru.
Refleksi:
Pada keseluruhan P&P berjalan dengan baik dan lancar.Murid seronok dan teruja dengan aktiviti set induksi.Murid berminat menonton youtube aktiviti merenyuk.Murid seronok melakukan aktiviti merenyuk surat khabar dan kertas warna.Segala arahan guru juga dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap isi pelajaran yang ingin di sampaikan oleh guru.Murid berminat ,seronok dan memahami akitiviti merenyuk dan melekat pada gambar lukisan.Saya juga  menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat mereka. Murid dapat melakukan aktiviti yang diberi dengan bimbingan guru.Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian lancar.Murid berasa bangga apabila hasil kerja mereka dipamerkan.Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyempaian guru terhadap isi pelajaran.Walaupun terdapat seorang yang belum menguasai standard pembelajaran kerana masalah ceberal palsi iaitu sebelah tangan tidak dapat berfungsi dengan baik.Tetapi objektif P&P telah tercapai sepenuhnya.

1 comment: