Sunday, 27 November 2011

RPH PENGURUSAN KEHIDUPAN KSSR (M.PEMBELAJARAN)

Tajuk : 1.Urus Diri
Masa : 8.00-8.30 pagi
Tunjang Utama : Keterampilan Diri
Standard Kandungan : 1.1 Mengenal anggota badan
Standard Pembelajaran : 1.1.2 Menamakan bahagian badan
Objektif : Pada akhir pelajaran,
1. Murid dapat menunjukkan tiga daripada lima anggota badan seperti tangan,mata,hidung,kaki dan
sebagainya.
2. Murid dapat menamakan tiga daripada lima anggota badan di
bahagian tengah bahagian tengah badan seperti tangan,mulut,mata,hidung dan sebagainya.
Nilai : Kerjasama dan bertanggungjawab

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran
1. Menyanyikan lagu"Mana ibu jari"(dari cd)
2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang lagu
3. Murid melihat gambar anggota tengah badan seperti tangan,mulut,mata,hidung dan sebagainya.

4. Murid menyebut nama anggota badan tersebut.
5. Latih tubi menyebut nama anggota  badan.
6. Murid bersoaljawab mengenai nama anggota h badan.
7. Murid menunjukkan gambar anggota  badan yang disebut oleh guru.
8. Murid mengambil gambar anggota  badan yang diarah oleh guru.
9. Murid mencantum semula gambar anggota badan (puzzle).
10. Murid menyanyikan lagu berkaitan anggota  badan rentak lagu"Mana Ibu Jari"
Elemen Merentas Kurikulum(EMK) : Kreativiti dan inovasi,nilai-nilai murni,bahasa dan TMK
Bahan Bantu Belajar (BBB) : MP3 lagu "Mana Ibu Jari"carta Kad gambar,puzzle,internet,ohp,skrin,pembesart suara.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran :Murid diuji mematuhi arahan dengan menggunakan borang senarai semak dan pemerhatian guru.
Refleksi:
1. Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik.
2. Aktiviti soaljawab dengan murid berlaku.
3. P&P menggunakan ICT dalam pengajaran saya dapat menarik minat serta menyeronokkan dan membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isi pelajaran yang ingin saya sampaikan.Selain itu,kelantangan suara saya juga memainkan peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran mereka yang ingin disampaikan oleh saya.
4. Kawalan kelas agak memuaskan walaupun terdapat pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian kerana masalah ada pelajar yang mengidap autisme,dan terencat akal.
5. Setelah dibuat penilaian terdapat 3 daripada 7 orang pelajar yang belum menguasai ,Mengenal anggota badan.
6. Murid yang menguasai diberi aktiviti tambahan manakala pelajar yang belum diberi aktiviti pemulihan.

Tandatanga Guru:

____________________
(ZAINI SAHARI)

No comments:

Post a Comment